Dia cintaku yang terakhir. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama ~
Jujur , pernah tak kamu cakap macam ni pada diri sendiri ketika asyik dilamun cinta ~ aku PERNAH !
Kemudian ditakdirkan kamu bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang kamu angankan selama ini. Kecewa. Merana. Membawa hati yang luka. Lalu berjanji pada diri bahawa kamu akan pelihara cinta dan kasih sayang kamu hanya untuk dia. Sungguh-sungguh kamu mahu mengunci pintu hati agar tidak dapat dimasuki sesiapa pun. Apa kamu rasa, kamu bahagia kalau kamu buat begitu ? Berbaloi - baloikah ?
Aku ; pernah serapuh itu. Malah, mungkin lagi rapuh dari apa yang aku bayangkan. Tapi, sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia dan seiring dengan masa yang berlari, kamu akan pulih , kamu akan jadi orang yang lebih kuat , dengan syarat, jangan terus - terusan jadi BODOH. Kamu mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan , mesti kena ada usaha untuk melupakan , jangan terus membelenggu diri dengan cinta yang bajet-bajet suci , setia membuta tuli ~ cuba kamu amat amati semula apa berbaloi meletakkan setia kepada dia yang sudah tidak cintakan kita?
Usah diingatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, usah pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang - kelamnya , tapi , berbahagialah dengan hari ini yang telah Tuhan kurniakan untuk kita ~

minta izin nk copy..sy suka pada post cik =)
BalasPadamno hal..silakan...hehe
BalasPadam