Mencintai dia satu perasaan yang tenang aku rasakan.Dengan keyakinan yang dia katakan,aku bersikap terbuka dan sentiasa percaya setiap perlakuan,dan dia tidak pernah sesekali mengambil kesempatan atas kepercayaan yang aku juga berikan..
Dia pandai menjaga hati sampai kadang kadang tak kisah memakan hati sendiri kerana lebih tak rela berkeadaan menghimpit diri..walaupun buah hati yang selalu ikut emosi,dia tak pernah tidak peduli untuk tetap menjaga hati.Dia memang 'PENJAGA HATI' yang terbaik bagi aku dan memang dia tiada pengganti.
Dia selalu buat hati aku berbunga-bunga ..
Dia 'SWEET' sampai aku terkena 'Diabetes Cinta' ..
Tutup mata terlena mahu tetap mimpikan dia ,
Celik mata terjaga tetap terus teringatkan dia .. ALAHAI (^_*) ~
Setiap masa terlalu asyik fikirkan dia muka tak lekang dek senyuman..
Bercinta sakan biarkan saja KAMI yang rasakan..
Yang aku tahu DIA yang aku mahukan dan AKU yang dia inginkan..
Apa orang lain mahu katakan yang bukan bukan,
Iya silakan wahai sekalian kerana tak mampu untuk kami hentikan,
Apa yang mampu kami lakukan hanyalah abaikan tanpa ada pertelingkahan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan