Untuk Tetapan

Untuk Tatapan ::

Segala coretan di dalam blog ini adalah milik sepenuhnya empunya blog..

Dan saya akui ada juga copy paste dari org lain..

Ceritera di sini bukanlah kesemuanya luahan hati empunya blog cuma sekadar berkongsi rasa..dan kadang2 takut disalah ertikan..

Dan saya juga manusia biasa ada kalanya pendapat dalam pandangan saya salah,harap tegur dan dibimbing..Terima kasih kerana sudi luangkan masa di blog saya yang diberi nama BIBOT

ヅ

Khamis, Julai 07, 2011

ღ Pernikahan & Perkahwinan..





Warkah dari hati ke hati..kita bernama insan..moga saling memahami erti sebenar pengorbanan jiwa dalam perkahwinan

Menyingkap takbir rahsia...WANITA..isteri yang kamu nikahi.. 
Tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah..pun tidak setabah Fatimah..apalagi secantik
Zulaikha..Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yang punya cita-cita menjadi solehah..

Mengajar kita punyai tanggungjawab bersama..
Isteri menjadi tanah..kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman..kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan..kamu gembalanya..
Isteri adalah murid..kamu gurunya..
Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya..
Bila wajah kehidupan bertukar paksi..
Saat isteri menjadi madu..kamulah penawar bisanya..
Seandainya isteri tulang yg bengkok, berhati-hatilah meluruskannya...

Perkahwinan juga membawa sejuta rahmat..
Menginsafkan kita perlunya IMAN dan TAQWA, untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH SWT..kerana memiliki isteri yg tidak sehebat  mana..
Justeru..kamu bernama lelaki akan tersentak dari alpa..kamu bukanlah Rasulullah pun bukan pula Saidina Ali..Tapi kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. 
Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan